PENGENALAN
Komputer adalah sebuah mesin elektronik
yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan
kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat
dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk
kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan
memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia
juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output
seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk
kegunaan pada masa akan datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan manusia kerana ia mempunyai kelajuan(speed), kebolehpercayaan
(reliability), keupayaan storan (storage capability), produktiviti
(productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai
kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan
tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya
tepat.
SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER
Sejarah penciptaan
komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang
sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan
dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000
tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas
campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan
China, Turki dan Yunani.
Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan
matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau
telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama
mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris
pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra
True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada
penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang
ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The Difference
Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik.
Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical
Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang
pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya.
“Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu
mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti
output.
Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam
membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”.
Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan
“Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil
sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains
supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat
yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan
banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat
diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith danBabbage ialah
mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin
Babbage menggunakan kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang
digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka
bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan
pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK
I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina
daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan
dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama
menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada
aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan
tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan
pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera
Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka
telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan
pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya
membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di
gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah
menggunakan ABCsebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain
iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And
Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta
untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer
pertama yang diperdagangkan secara komersil.
PERMULAAN ERA KOMPUTER.
Dari zaman dahulu hingga sekarang sudah
wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa lebih kurang 40 tahun.
GENERASI PERTAMA (1951 -
1958)
Pada tahun 1937-1938 Dr. John
V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry telah
merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer
tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry Computer).
Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah
mencipta ENIAC(Electronic Numerical Integrator And Calculator) pada
tahun 1945. ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan 300
pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang
dinamakan Spery Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC
I (Universal Automatic Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC
I merupakan komputer pertama yang digunakan untuk memproses data
perniagaan. Ia digunakan secara meluas oleh Biro Banci Penduduk Amerika
Syarikat. UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub vakum/hampagas
sebagai kompenan dalaman komputer untuk memproses dan menyimpan maklumat. Ia
menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini juga amat
susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan
dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat rendah). Keupayaan
storan komputer pada generasi pertama ini adalah diantara 8000 hingga 20000
aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam “microseconds”
GENERASI KEDUA (1959 -
1961)
Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu
peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui resistor bagi
menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas. Transistor adalah
singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang
dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan
lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada
komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini
bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time.
Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer
generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi
iaitu FORTRAN (1954) dan COBOL(1959). Manakala
keupayaan storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia
menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan(removable disk cartridge).
Pengiraannya dilaksanakan dalam “microseconds”.
GENERASI KETIGA (1965 -
1970)
Komputer pada generasi ini pula telah
menggunakan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang
mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi menggantikan
transistor. Harga cip yang murah menyebabkan perkembangan alat
elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer ini
bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip silikon
yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah,
padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE
II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz
komputer menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga
boleh mengamalkan konsep multiprogramming danmultiprocessing iaitu
beberapa aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang
sama dan ini meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan
dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktif diperkenalkan
di mana pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini
menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer diperkenalkan
di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi
ia lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
GENERASI KEEMPAT (1971 -
Sekarang)
Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah
laju dan boleh dipercayai. Generasi keempat ini merupakan lanjutan daripada
generasi ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan
untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk
membangunkan teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang
digelar mikropemproses (microprocessor). Mikropemproses
mengantikan litar bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati
pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah.
Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada
generasi ini adalah dari IBM yang menggunakan cip
Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel 80486(mengandungi 1.2 juta
transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15
juta arahan per saat). Cip Intel Pentium(mengandungi 3.1
juta transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat). Cip
Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5 juta transistor yang berupaya
melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro MMX, Cyrix, AMD, Pentium
II dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer
generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil, penggunaan tenaga elektrik yang
minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan beberapa bahasa pengaturcaraan.
Keupayaan storannya terus meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan
pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds” Saiz komputer sekarang adalah 100
kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah
lebih berkuasa daripada ENIAC.
GENERASI KELIMA
Komputer generasi kelima iaitu komputer
bagi generasi akan datang ini masih belum diperkenalkan secara meluas. Namun
usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga
masih didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang
paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina
komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence),
sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan
terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat
dengan pesat.
PENGELASAN KOMPUTER
Pengelesan komputer adalah mengikut kepada
ukuran fizikal dan keupayaannya iaitu, seperti superkomputer, komputer kerangka
utama, Mini komputer dan mikrokomputer.
SUPERKOMPUTER
Superkomputer atau nama
lainnya kerangka utama yang besar. Perkembangannya terhad kepada
beberapa ratus unit sahaja di seluruh dunia. Ini kerana harganya yang amat
mahal. Superkomputer mempunyai unit pemprosesan pusat yang kompleks dengan
keupayaan yang sangat pantas. Ia juga boleh memproses berbillion arahan per
saat (BIPS). Ia digunakan khas bagi menyelesailkan masalah
saintifik yang rumit dan canggih, contohnya CRAY I, CRAY II, CRAY III, dan CDC
CYBER205.
KOMPUTER KERANGKA UTAMA
Komputer Kerangka Utama yang pertama diperkenalkan sejak tahun
40-an adalah seperti UNIVAC, IBM 360, dan lain-lain
lagi. Komputer jenis ini kebanyakannya dimiliki oleh organisasi yang besar dan
pusat pengajian tinggi. Ia juga bersaiz besar dan berkeupayaan memproses
sejumlah data yang banyak dengan pantas dan tepat, berupaya memproses data pada
kelajuan yang tinggi dan berjuta-juta arahan per saat (MIPS). Ia juga
membenarkan komputer dikongsi oleh beratus-ratus pengguna pada satu masa.
MINI KOMPUTER
Mini Komputer pula adalah lebih perlahan, berkeupayaan storan yang kurang
dan lebih murah daripada komputer kerangka utama. Kebanyakannya dimiliki oleh
gedung perniagaan, jabatan awam/swasta dan institut pengajian tinggi. Mini
Komputer juga menggunakan konsep multiprogramming danmultiprocessing.
Contohnya adalah seperti HP 3000, SEQUENT dan
lain-lain lagi.
MIKROKOMPUTER
Mikrokomputer atau Komputer peribadi pula mempunyai
saiz yang kecil seperti desktop atau laptop. Ia diperkenalkan buat kali pertama
pada pertengahan tahun 1970-an. Mikropemproses adalah menjadi asas bagi
mikrokomputer. Penggunaan mikrokomputer semakin meluas. Supermikro atau stesen
kerja (workstation) telah diperkenalkan. Ia merupakan
sambungan di antara mikrokomputer dan mini komputer yang berkeupayaan
menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.
Minggu, 25 September 2011
Pendahuluan
Sistem Informasi Manajemen merupakan sistem pembangkit informasi. Dengan integrasi yang dimiliki antar sub-sistemnya, sistem informasi manajemen akan mampu menyediakan informasi yang berkualitas, tepat, cepat dan akurat sesuai dengan manajemen yang membutuhkannya.
Sistem Informasi Manajemen merupakan sistem pembangkit informasi. Dengan integrasi yang dimiliki antar sub-sistemnya, sistem informasi manajemen akan mampu menyediakan informasi yang berkualitas, tepat, cepat dan akurat sesuai dengan manajemen yang membutuhkannya.
Sistem Informasi Manajemen berbasis komputer mengandung arti bahwa
komputer memainkan peranan penting dalam sebuah sistem informasi. Secara
teori, penerapan sebuah Sistem Informasi memang tidak harus menggunakan
komputer dalam kegiatannya. Tetapi pada prakteknya tidak mungkin sistem
informasi yang sangat kompleks itu dapat berjalan dengan baik jika tanpa adanya
komputer. Sistem Informasi yang akurat dan efektif, dalam kenyataannya selalu
berhubungan dengan istilah computer-based atau pengolahan informasi
yang berbasis pada komputer.
Pembahasan
Beberapa istilah yang terkait dengan CBIS yang akan dibahas pada bagian ini antara lain adalah data, informasi, sistem, sistem informasi dan “basis komputer” sebagai kata kuncinya. Saat ini sistem informasi merupakan isu yang paling penting dalam pengendalian manajemen. Hal ini disebabkan karena tujuan dari pengendalian manajemen adalah untuk membantu manajemen dalam mengkoordinasi subunit-sub unit dari organisasi dan mengarahkan bagian-bagian tersebut untuk mencapai tujuan perusahaan.
Dua hal yang menjadi perhatian dari definisi diatas adalah
mengkoordinasi dan mengarahkan. Tentu saja dalam dua proses tersebut diperlukan
satu sistem agar proses koordinasi dan pengarahan dapat berjalan secara efektif
sehingga tujuan perusahaan dapat tercapai. Manfaat utama dari perkembangan
sistem informasi bagi sistem pengendalian manajemen adalah :
§ penghematan waktu (time saving)
§ penghematan biaya (cost saving)
§ peningkatan efektivitas (effectiveness)
§ pengembangan teknologi (technology
development)
§ pengembangan personel akuntansi (accounting
staff development).
Dalam perjalannya Sistem Informasi Manajemen tidak serta merta
langsung menjadi sebuah sistem yang seperti kita rasakan saat ini melainkan ada
tahapan-tahapan perkembangan dari sistem yang terfokus untuk
menghimpun,menyimpan dan memproses data saja sampai terciptanya sistem yang
mengelola data tersebut menjadi sebuah informasi dan dari informasi tersebut
terciptalah sistem pendukung keputusan berikut perinciannya :
1. Fokus awal pada data (EDP)
Sistem pemrosesan transaksi merupakan jenis sistem yang pertama
kali di impelementasikan. Focus utama sistem ini adalah pada data
transaksi.sistem informasi ini digunakan untuk menghimpun , menyimpan dan
memproses data transaksi serta sering kali mengendalikan keputusan yang
merupakan bagian dari transasksi.misalnya yang mengendalikan keputusan adalah
sistem pemrosesan transaksi yang sekaligus dapat memvlidasi keabsahan kartu
kredit atau mencarikan rute pesawat terbang yang terbaik sesuai dengan
kebutuhan pelanggan.
Nama aplikasi akuntasnsi berbasis komputer pada awalnya adalah
pengolahan data elektronik (EDP) kemudian berubah menjadi Data prosesing (DP)
dan Sistem Informasi Akuntansi (SIA)
2. Fokus baru pada informasi (SIM)
Tahun 1964 diperkenalkan satu generasi baru alat penghitung yang
mempengaruhi cara penggunaan komputer. Konsep penggunaan komputer sebagai SIM
dipromosikan oleh pembuat komputer untuk mendukung peralatan baru tsb. Konsep
SIM menyadari bahwa aplikasi komputer harus diterapkan untuk tujuan utama
menghasilkan informasi manajemen. Konsep ini segera diterima oleh perusahaan
besar karena dengan adanya Manajemen Informasi perusahaan akan mudah
mendapatkan Informasi yang akurat dan tepat guna mendukung dalam pengambilan
keputusan dalam perusahaan tersebut.
3. Fokus revisi pada pendukung keputusan (DSS)
Sistem pendukung keputusan (Decision support system) adalah sistem
informasi interaktif yang menyediakan informasi, pemodelan dan pemanipulasian
data yang digunakan untuk membantu pengambilan keputusan pada situasi yang
tidak terstruktur di mana tak seorangpun tahu secara pasti bagaimana seharusnya
dibuat
DSS dibuat sebagai reaksi atas ketidakpuasan terhadap Sistem
Pemrosesan Transaksi dan Sistem Informasi Manajemen sebagaimana diketahui ,SIP
lebih memfokuskan diri pada pengendalian transaksi yang merupakan kegitan yang
bersifat berulang dan terdefenisi dengan baik,sedangkan SIM lebih berorientasi
pada penyediaan laporan bagi manajemen yang sifatnya dinamis.DSS lebih ditunjuk
untuk mendukung manajemen dalam melakukan pekerjaan yang bersifat analistis,
dalam situsai yang kurang terstruktur dan dengan criteria yang kurang jelas.DSS
tidak dimaksudkan untuk mengotomasikan pengambilan keputusan,tetapi memberikan
perangkat interaktif yang memungkinkan pengambil keputusan dapat melakukan
berbagai analisis dengan menggunakan model-model yang tersedia.
Spesifikasi DSS :
§ Berfokus pada proses keputusan
daripada proses transaksi
§ Dirancang dengan mudah,
sederhana, dapat diterapkan dengan cepat dan mudah diubah.
§ Dirancang dan dioperasikan oleh
manajer
§ Mampu memberikan informasi yang
berguna bagi analisis kegiatan manajerial.
§ Berkaitan dengan hanya bagian
kecil dari masalah besar
§ Memiliki logika yang serupa
dengan cara manajer menganilis situasi yang sama.
§ Memiliki basis data berisi
informasi yang disarikan dari file dan informasi lain organisasi yang berasal
dari lingkungan eksternal.
§ Memungkinkan manajer untuk
menguji hasil yang mungkin dari serangkaian alternatif.
4. Fokus pada Komunikasi (OA)
Pada waktu DSS berkembang , perhatian juga difokuskan pada
otomatisasi kantor (office automation/OA) OA memudahkan komunikasi dan
meningkatkan produktivitas diantara para manajer dan pekerja kantor melalui
5. Fokus potensial pada Konsultasi
(AI/ES)
Ide dasar AI adalah komputer dapat deprogram untuk melaksanakan
sebagian penalaran logis yang sama seperti manusia. Sistem pakar adalah suatu
sistem yang berfungsi sebagaiseorang spesialis dalam suatu bidang. Sistem yang
menggambarkan segala macam sistem yang menerapkan kecerdasan buatan untuk
pemecahan masalah dinamakan dengan sistem berbasis pengetahuan (knowledge-bases
sistems) Penjelasan lebih lanjut akan dijumpai pada modul terakhir dari
materi kuliah SIM.
Manajer membuat keputusan untuk memecahkan masalah dengan
memanfaatkan data dan informasi. Informasi disajikan dalam bentuk lisan maupun
tertulis oleh suatu pengolah informasi. Pada bagian pengolahan dengan komputer
terdiri dari lima bidang yakni SIA, SIM, DSS, kantor virtual dan sistem
berbasis pengetahuan. Hal tersebut dinamakan dengan sistem informasi berbasis
komputer (komputer based information sistem).
Mencapai CBIS
Upaya pencapaian system informai bebasis komputer mennunakan End
User Computing, yaitu pengembangan sistem berbasis komputer yang
dilakukan oleh pemakai sendiri.
Setiap subsistem CBIS melalui proses evolusi yang disebut siklus
hidup system. Tahap-tahap dari siklus hidup system yaitu:
- Perencanaan
- Analisis
- Rancangan
- Penerapan
- Pengunaan
Sistem terbuka dibandingkan sistem tertutup
- sistem terbuka (open system)
Suatu sistem yang dihubungakan dengan
lingkungannya melaluli arus sumber daya
- sistem tertutup (closed system)
suatu sistem yang tidak dihubungkan dengan
lingkungannya
* Sistem FDisik dan sistem Konseptual
- Sistem Fisik
Perusahaan bisnis
terdiri dari sumber daya fisik
- Sistem Konseptual
Mempresentasikan suatu sistem fisik
Umumnya ada sebagai citra mental dari fikiran
manajer dalam angka-angka atau tulisan pada selembaran kertas atau di komputer
Menggunakan sumberdaya
konseptual : informasi dan data
Tidak ada komentar:
Posting Komentar